Sunday, October 9, 2011

~~10 nasihat utk orang yang bercinta~~

Salam semua...


satu post menarik yang aku baca kat fb...ngee..nak share kat sini..=)


10 NASIHAT UNTUK ORANG YANG BERCINTA

Dengarlah pesananan ini ~

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin 
dengan ‘si dia’.


2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum 
engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.


4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-
Nya.


5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah 
selepas kau diijabkabulkan.


6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu, maka 
engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.


7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah 
sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.


8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta 
tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.


10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan 
tarik kebahagiaan darimu.





♥ Selamat Bercinta Sampai ke SYURGA ♥



aminnn..

1 comment: